Thursday, 4 August 2016

Surah AlBaqarah (213)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 213:
Ringkasan tafsir;
Allah menurunkan kitab kepada umat Adam, sebagai panduan dan pengajaran kepada manusia, dan sebahagian isi kitab itu bagi menghukum antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan antara satu sama lain. Tapi kebanyakan manusia mengingkari perintah Allah, yang mana dengan jelas apabila turunnya kitab Taurat dan Injil, maka kaum Yahudi dan Nasrani pada masa itu telah bertelingkah semata-mata  didorong oleh rasa hasad  dan buat aniaya sesama mereka kerana tamakkan harta dan berebut untuk menjadi ketua.
,
Ada pun mengikut riwayat dari ulamak bahawa kitab yang telah diturunkan berjumlah 104 buah yang diturunkan kepada;
1. Nabi Adam  10 buah.
2. Nabi Syis 30 buah.
3. Nabi Idris 50 buah
4. Nabi Musa 10 buah (selain Taurat)
5. Nabi Musa 1 buah (Taurat)
6. Nabi Daud 1 buah (Zabur)
7 .Nabi Isa 1 buah (Injil)
8. Nabi Muhammad 1 buah (Quran).

Ada pun jumlah utusan Allah kepada umat manusia ialah
1. Nabi seramai 124,000 orang.
2. Rasul seramai 313 orang.  .... dan jumlah yang sebenarnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Ada pun sebahagian nabi ada disebut dalam Quran seramai lebih kurang 25 orang rasul yang wajib kita ingat dan percayai; Adam, Ibrahim, Idris, Ishak, Ismail, Ilias, Ilyasa, Ayub, Ahmad (Muhammad), Daud, Zakaria, Sulaiman, Syuaib, Salih, Isa, Zulkifli, Lut, Musa, Nuh, Harun, Hud, Yahya, Yaakub, Yusuf dan Yunus.  (mengikut susunan ejaan Arab).


Menurut pendapat setengah ulamak, bahawa umat Adam mempunyai satu agama (Islam) bermula dari Nabi Adam hingga Nabi Nuh, dan Rasul yang mula-mula memimpin manusia ialah Nabi Nuh dan kemudian daripada itu bermulalah manusia itu berpecah belah menyingkirkan agama dan lupa kepada agama Islam. Maka selepas itu Allah utuskan Nabi dan Rasul bagi memimpin manusia  supaya tidak sesat jauh
. 
.
.

.
[Prevoious] [Next]

Sumber,
Terjemahan Surah 2, Ayat 211~220,
[GS]  https://t.co/g9bZwHKHDa
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr   
Pautan,
[G+] https://plus.google.com/106648412925009096695/posts/49X6xB4Fuda

[FB] https://www.facebook.com/KURSI.Rayyan/posts/1043173785779114





.